Wednesday, 23 November 2011
~ K.L gangster babak melalut ~
Ayah balik dari kerja.
Ayah : Apa bising2 ni??
Mak : Malik is backk!!!!
Aiman : Hey abang besar sudah keluar. Wa ingat lu sudah mampus.
Ayah : Lu siapa mau ckp ini bangsat sama wa? Ini tempat wa punya!(banglo ayah)
Adik : Baik lu semua diam!!! Nanti wa sengatt ahh... Baru lu orang tau.
Mak : Lu siapa mau wa senyap?? Syurga lu bawah tapak kaki wa lu tau tak??
Aiman dan Adik terdiam. Ayah sambung.
Ayah : Syurga lu plak bawah tapak kaki wa kan. Amacam? Lu goyang ka???
( mood : buang tebiat )
Posted by HellaS M!haR at 13:26 0 comments
Monday, 5 September 2011
~ Bercerita musim2 episode 2 ~
Posted by HellaS M!haR at 23:05 0 comments
Wednesday, 31 August 2011
~ Cahaya ku Berharap ~
Posted by HellaS M!haR at 04:12 1 comments
Monday, 8 August 2011
~ Bila mak ayah berpesan,kengkawan berkata ~
*erkkk yg ni..erkk yg ni sayew rasa sayew setuju ngn kawan sayew wakkakaka..awak!! ooo awak!!...laaa awak la..sapa lagi..awk yg baca post sayew niii!!!...NAK DUIT RAYA LEY TAK mihahhaaha jgn marah!!!
Posted by HellaS M!haR at 09:19 0 comments
Tuesday, 19 July 2011
~ Bercerita musim2 episode 1 ~
Posted by HellaS M!haR at 19:30 0 comments
Saturday, 16 July 2011
~ KeSaL ~
kadang2 kita selalu sgt berfikir yang si dia itu curang,terlalu emosi,selalu sangat terasa kita ini terlalu di kongkong,dimarahi,kita rasa rimas,tiada hak individu, kadang2 juga kita selalu beranggapan dia tidak pernah menghargai kita,menyayangi kita,mencintai kita..Tapi tidakkah kita terfikir apa perngorbanan yang telah dia buat untuk kita selama ni,kesalahannya yg sekecil2 kuman dpt menutupi pengorbanan yg dilakukan olehnya terhadap kita..pernahkah kita terfikir?.... apa yang kita tahu jalan terbaik ialah berpisah, jalan terbaikkah itu? keputusan yang pastinya akan melukakan hati dan perasaan salah seorang daripada kita...sebelum kita membuat keputusan perpisahan pernahkah kita merenung sejenak kenangan kita bersama, pahit manis yg telah kita lalui bersama, setelah banyak rintangan dan dugaan yang diharungi bersama hanya membuahkan hasil sebuah perpisahan.. berbaloikah?.....
Posted by HellaS M!haR at 21:48 0 comments
Monday, 4 July 2011
~ idea..oh..idea ~
salam....waaaaa tuuu la kau..org nk wat blog ko gatal nk buat gak..pastu ko tinggal bila da bosan ( mngata diri sendiri ngeee~~) hak3..lama da aku tak menulis..nk wat camna aku ni da ada kerjaya...bz dgn kerja aku..siang malam keje nk cari rezeki..simpan duit nk bantu kuarga..
Posted by HellaS M!haR at 04:17 0 comments
Saturday, 28 May 2011
~ sedetik ~
Posted by HellaS M!haR at 23:33 0 comments
Tuesday, 26 April 2011
~madah berlagu~
dengarlah madah mendayu
coretan tentang hatiku
ku ubahkan menjadi lagu
kasih biarlah kita
bersama menuju bahagia
jangan kau ragu cinta yg terbina
agar cinta kekal hendak-Nya
hanya satu pinta ku
kasih syg daripada mu
agar sentiasa indah hidupku
di samping diri dan cintamu
engkaulah ratu seayu puteri
kau tulus ikhlas di sanubari
kau sesuci murni dihati
yang kekal dan abadi
engkaulah kekasihku dihati
tiada lain jadi pengganti
percayalah pada ku puteri
cintaku tulus dan sejati
by : HellaS MihaR
Posted by HellaS M!haR at 02:14 0 comments
Wednesday, 20 April 2011
~ madah berjanji~
jangan lah dikau bermuram duka
seperti hilang semboyan cinta
perginya dia tuntut ilmu didada
sebagai bekal hidup bersama
kenang-kenangkanlah sentiasa
agar kasih xpudar warnanya
rindu rindulah kenangan bersama
agar cinta kian bercahaya
jika betul niat dihati
kamu berdua harus berjanji
jika betul cinta sejati
cepat-cepatlah minta dimiliki
tangisan air mata mengalir dipipi
ibarat hujan membasahi bumi
bukan tangisan merana diri
tp tangisan gembira di hati
ingatlah wahai kasih hatiku
kata2 yg pernah ku beri dullu
jika mslh masih menghantui mu
aku lah senjata akulah pelindung mu
ku kan sentiasa berada disisi mu
sehingga kamu berdua sudah bersatu
barulah hilang sumpah dan jnji ku
yang pernah ku ukirkan dahulu
by ; HellaS MihaR
Posted by HellaS M!haR at 02:04 0 comments
Friday, 15 April 2011
~ selamat tinggal sayang ~
dalam kepekatan malam sunyi dan sepi
aku terbayangkan insan yg pernah bermain di hati..
yg pernah mngajarku erti kebahagian dan cinta sejati
yg selalu mmberi harapan dan mengukir janji..
kini aku seorang diri mengenangkan kenangan abadi
di tepian pantai aku bersendiri menyepikan diri
bersaksikan bulan dan bintang yg berkelipan
bertemankan ombak yg mnghempas dan mngalir ditepian
linangan air mataku sudah lama mngalir membasahi pipi
merindui insan ku cintai yg telah meninggalkan ku pergi
aku seakan terdengar gelak tawa riang suaranya
bisikan janji yg kau taburi seakan bermain di telinga
kini janji yang kau ukirkan tidak berguna lagi
sumpah setia yg kau taburi hanya lah mimpi
ku mengesat air mata dengan helaian tisu cinta
ku merelakan diri mu pergi dan pasrah dgn takdir ilahi
moga kau bahagia sayang..ku akan sentiasa doakan
selamat tinggal tali gitar kapok ku~~~~~~~~~~
(adess time2 camni la tali gitar nk putus hak3..jgn marah yerr hik3 ngee~)
Posted by HellaS M!haR at 17:50 0 comments
Tuesday, 12 April 2011
~ 8 Rahsia lelaki ~
1.lelaki tidak detail dlm percakapan
COntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s
his commEnt dier just cakap:”mm..dah nak putus nak wat camne…”
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk
untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh
mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki
rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.
2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi
COntoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup
mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak
dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang
(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual
(VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk
mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa
macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.
3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik
atau aksesori kereta.
COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori
kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan
sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi
terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn
demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2
tue.
4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah
lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal
praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak
mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu
pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.
5.Lelaki tidak bergosip
Contoh KEs:Bila kita kata:””eh betul ke ni?” dia pantas
memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”
AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka
bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak
digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan
seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.
6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau
hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:”eleh,macam tu
pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau.”
Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari
hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari
hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi
ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg
ibunya.TiTik!
7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam
tangan dan apa saja!
Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian
kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang
menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka
selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya
mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi
mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi
tersendiri yang dapat memacu ego mereka.
8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-
asalkan bukan kekasihnya.
COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika
memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat
saja:”I tak suka ahh!! tukar lain..!”Bengang kan…?
AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau
buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan”
yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata
lelaki-lelaki lain…
Posted by HellaS M!haR at 17:45 0 comments
Saturday, 9 April 2011
~seuntai kata 1~
Pada dua persimpangan laluan jalan hidup ku ini
Aku Cuma ada dua pilihan
Hidup untuk terus menyintai mu
Atau mati !
Kemarin kulihat ia menangis
dalam hening
dalam diam
tanpa airmata
Namun kutahu ia menangis
Sekarang kulihat ia telah tertawa
walau masih ada luka di matanya
walau masih terasa lelah di hatinya
namun ia telah tertawa
Kutahu ia telah pasrah
Kutahu ia telah menyerah
tak berdaya pada kuasa hatinya
tak kuasa pada kehendak cintanya
Dan kini ia hanya diam
menanti dalam rindu yang amat sangat
dalam sepi yang menyengat
Menanti sesuatu yang tak pasti
tapi ia tak peduli
ia hanya tahu cinta yang ia miliki pasti
Posted by HellaS M!haR at 13:48 0 comments
Wednesday, 6 April 2011
~Ceritera bahagian 1~
Assalamualaikum berdirinya saya disini (berdiri kejadah ko aku menaip sambil meniarap mihahahhaa) ingin membuat pengumuman atau erti kata lain menyatakan hasrat diri ini pada seseorang yg saya sayangi…syg saya sgt mencintai diri mu..erkkk cut!!!!!! Ko igt ni statement brani mati ka mihahahhaha adessss…ngeee..waaaaa…lama da aku tak menulis kuih3..ngee~(erkk lama ke? Ahak2)..aku rasa nk buat citer lagi la mihahhaha ngeerrr..citer ni aku tulis drpd cerita dan pengalaman seorang kawan aku huk3 (erkk tak sgt la..aku tetap edit pedulik apa aku..aku punya citer mihahaha ahaksss)..aku buat citer nih pon atas keizinan dia untuk aku menceritakan balik kisah2 dia..khas buat ko bro~(khas tak khas sgt la..aku byk reka gak mihahahah)…ok kita mula dengan bismillah ( ala mcm lagu nasyid raihan..dimulakan dgn bismillah..disudahi dgn alhamdulillah..ahaksss adess kelaut lagi aku ngee~)..byk menyimpang aku nih adess..ok layanzz adessss….
Di suatu pagi yang indah..burung2 berkicauan,deruan angin pagi yg menghembus lembut seakan alunan muzik keroncong buat ana hasil ciptaan M.Nasir ( erkk aku layan rock kapak ngn jiwang karat jer miahhaha ahaksss)..pagi yg cukup cerah untuk poco tam ( erkk hak3 tam hg jgn marah noh..nama hg cam best ja tu yg aku guna tuh mihahha..arrghh pedulik apa ..hg tak kasi aku ttp nk guna nama nih..sapa suh hg letak nama best nih hak3 nggee~) keluar bersiar2 bersama kekasih kesayangannya Poco liyana tam..mereka bercadang untuk melihat movie di panggung wayang (erkk mmg la kot tgk kat panggung takkan tgk kat kedai basikal kot adess ahaks3) di area2 penang ( haaa ampa yg duk penang tuh jgn dok marah aqu noh..saja ja buat lokasi penang..nk p wat lokasi kat luaq Negara ni leceh..erkk biaq p la aqu nk buat tmpat kat mana pon ahaks2…gegeh~)..maka bertemu la mereka di lokasi yg di janji kan…dialog…
Poco tam : sayang maw tgk citer apa nih? (Sambil memandang poco liyana smbil tersenyum,tersengih2 mcm tenok kelaparan)..
Poco liyana tam : kita p tgk cerita hantu kak limah balik ghumah abg noh ( sambil menyahut pandangan poco tam dgn mata terkebil2 mcm patung babydoll tak cukup sifat)..
Poco tam : boley2 syg punya pasai abg mana2 pon tak pa..abg ikut ja..(mihahahha eceh..syg ler tuh..peewittt.. “demi mu lautan api sanggup ku renangi” mihahaha..)..
Poco liyana tam : heheh yeah syg abg sgt..muah3…(erkkk oit angpa jgn pikiaq kelaut noh..tu kiss bunyik jerr..bukan kiss btoi2..mihahhaha adesss..saru2 ngee~)..
Selepas membeli tiket mereka pun ke kedai makan (erkk foodcourt org panggil menatang apa ek mihahahaha hentam sajalah ahaks2)..mereka memesan makanan untuk mengisi perut mereka sebelum masuk ke panggung ( pesan makanan mmg la nk makan takkan nk buat bangang kot adessss..aku pon bebal gak nih ahakss2..)..semasa mereka menikmati juadah tiba2 poco tam disapa oleh seseorang dari belakang..dialog..
aizat : oit mamak keling jambu!! ( sambil menyergah poco tam dr belakang dgn gaya berok laut ahakss)..
Poco tam : apocot atok hg kawen dgn liyana jasmay ( erkk haha..pocotam hg jgn mengamuk noh mihahahahah sket je pown wakakakak)..ceh hg biskut..hg jgn dok wat lece..kang aku sula canteknya dgn garpu nih (menunjukkan garpu di tgn sambil menggeletar tgn seperti seorang pahlawan menghunus keris dan mnyatakan “ biar hamba basahi keris ini dengan darah penderhaka durjana” erkk mihahha adesss )..
aizat : haha ala rilek la hang ni pown kalut eh…mentang2 dengan awek marka.. aku pon hang nak sula noh ( sambil menjeling poco liyana sambil menghulurkan senyuman mengoda..bak kata cik umrah kita “gedik” mihahahha adess..masak aku cmni ahaks2)..
poco tam : hahaha aku ghuwau je pon..hg buat pa sini..mai la makan skali..aku pown bawu nk makan nih..macam biasaq la..aku blanja..
Aizat : cantek.. nih yg aku suka hg nih hahaha…bley2 tp hg p oder la..aku kan pemalu hahah (sambil gelak terbahak2 mcm tercekit tulang ikan bilis..erkk tulang ikan bilis? Hak3)..marka hg ka nih..cun noh..( sambil menjeling tajam mata poco liyana)..
Poco tam : haa marka aku la nih..cun ka? Tgk la sapa laki dia hahaha..(sambil mendabik dada dan menepuk2 dada dgn bangga… cewahhh biasaq la angpa jgn dok tersengih2 la..angpa jgn duk menipu..aku langsung tak percaya klu ada org puji awek angpa cun angpa tak rasa bangga..hipokrit semata2 mihahaha)..meh aku kenaikan..ni la poco liyana tam buah hati pengarang jantung berlubang aku ( sambil hidung kembang kempis rasa bangga bila aweknya dipuji blom habis)..
aizat : owh marka hg..cun2..hebat hang noh…hye poco liyana ..(menghulurkan tgn untuk bersalaman)
poco liyana tam : hye huhuhu ( trus mnyambut tgn biskut bersalaman sambil tersengih2 mcm bdak sumbu dapat air)
Poco tam : hang tunggu sat noh..aku p pesan makanan hang..hang nak makan pa?
aizat : hang p pesan la apa2 noh..aku makan ja…tp ayaq aku mau milo ais noh..
Poco tam : ok2 hang tunggu sat noh aku p pesan..
Maka poco tam pon pergi meninggalkan poco liyana dan aizat berdua-duaan..semasa ketiadaan poco tam..aizat mula berniat jahat dan cuba menarik perhatian poco liyana untuk berbual dengannya (erkk erti kata lain mengorat la mihahhaha adesss)…dan bermula perbualan antara poco liyana dan aizat…dialog…
Aizat : awak dah lama kenai dgn poco tam ka? ( sambil merenung tajam tepat kea rah mata poco liyana )
Poco liyana tam : lama la juga hehehe ( tersengih2 malu mcm kura2 tak pakai cengkerang bila di pandang oleh aizat mihahahha)
Aizat : awak ni lawa la..hurm..klu saya nk kenai ley ka?
Poco liyana tam : boley ja…kenai la hehehe …
Aizat : klu camtu saya mintak no phone awak boley noh..
Poco liyana tam : boley jap ek..( sambil mengeluar kan sehelai kertas dan pen lalu menulis no phone dan memberikannya kepada aizat) nah ni no saya hehehe…
Aizat : ok mlm ni saya call awk ek hik3
Tak lama kemudian poco tam tiba dan membawa makanan yang di pesan kepada aizat..dan pemberian no phone oleh poco liyana di rahsiakan dari pengetahuan poco tam..begitu la serba sedikit cerita permulaan perkenalan diantara aizat dan poco liyana..biasa la lumrah manusia tak pernah cukup dan tak pernah rasa nak menghargai setiap perhubungan walaupun sudah lama terjalin bak kata cik umrah rodzi kita “ manusia tak pernah rasa puas walaupun sudah memiliki sebuah perhubungan..mereka mencari dan terus mencari sehingga mereka berjumpa org yang betul2 mereka ingin miliki” betol tak cik umrah? Mihahahha hik2 ngee~..ok la sampai sini dulu la citerrr..nanti sambung lain episode..miahahahaha zassssssssssss opss… (iklan penaja.. buat gaya pok meng fotoshoot pic dia) miahahhahaha adessss..salam…..
Bersambung……
Posted by HellaS M!haR at 04:50 0 comments
Tuesday, 5 April 2011
~Ayat tersirat yg perlu korang tau~
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Posted by HellaS M!haR at 08:41 2 comments
~Jom bunuh setan bang~
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersamakan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Kata si suami 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'
Posted by HellaS M!haR at 08:38 0 comments
Ayat Ayat Nak Minta Putus aka Break Up Yang Tersirat Perlu Korang Tau
• Awak berhak dapat yang lebih baik dari saya...maksudnye (aku boleh dapat orang lebih baik dari kau ! berambussss !)
• Kita ni banyak perbezaannya...maksudnye (ko ni membosankan aku laa, berambusss la aku buat lawak pun kau tak pernah gelak kan !! bodoh)
• Awak memang tak pernah faham saya...maksudnye (aku benci kauuuuu, menyampah betul !)
• Saya tak bersedia lagi la untuk semua ni...maksudnye (aku bersedia nak lari dari kauuu,jahanam !)
• Saya sayang awak,tapi macam kawan je...maksudnye (aku tak berminat la dengan kau, cermin diri kau dulu okay !)
• Saya perlukan ruang untuk diri sendiri...maksudnye (aku nak blah jauh jauh dari kau, paham tak !)
• Saya nak tumpukan pada kerja saya dulu...maksudnye (aku sebenarnye ade hati kat sorang mamat ni kat tempat kerja aku...hik hik hik)
• Saya harap hubungan kita ni menjadi,tapi...maksudnye (kenapa la aku kena cakap benda ni lagi dengan kau, bahalol !)
• Saya tak mampu bersama awak lagi...maksudnye (kau ni memang teruk lah, aku da tak sanggup daaa)
• Antara kita, kita punya matlamat hidup ni berbeza...maksudnye (kau boleh jalan lah dengan falsafah hidup kau tu ok,aku dah letih !)
• Saya terlampau menyanyangi awak, sehingga saya takut kehilangan awak...maksudnye (aku memang tak sayang kau langsung, dah lama mati dah rasa sayang tu, ngokk !)
Posted by HellaS M!haR at 08:36 0 comments
~ cara-cara untuk mengorat awek zaman moden ~
1. Sajak? puisi? pantun? mana orang pakai dah benda-benda ni(tah hape2 tah..ngorat alahai "dinda sudikah dinda hidup semati dgn kanda"wakakakaka tak ke korang rasa lahanat hak3.. Ntah-ntah korang pon tak tau apa benda tu wakkakaka ).. Ni zaman 3D HD colour la. Cuba try test korang tunjuk kad kredit platinum ke, kad kredit emas ke, confirm awek-awek beratur tunggu giliran untuk jadi awek korang. Medical card tak payah la nak tunjuk.( tu minta mati nama nye wkakaka)..
2.ni satu hal yg aku rasa mcm nk sepak2 jerr wkakaak "Errr..cik adik, tumpang tanya, jam pukul berapa ye?" Adoi..ada lagi ke yang guna ayat ni? Tak maju langsung la korang ni. Ayat tu simpan dalam muzium je. Kena kalau dia keluarkan jam kat iphone 4 dia tu, kan dah malu korang. Cuba try tanya macam ni, "Errr..cik adik, sekarang ni dah masuk waktu isyak ke?". Fuh! memang awek tu boleh cair woo tengok alim-alim kucing korang tu.apa macam wakkakaka ( erkk jgn korang ajak solat skali la klu korang da tau korang tu fail krusus tok imam wkakakka ngee~)
3. Bagi sejambak bunga? Huh. ingat apa? Awek tu lebah madu ke? apsal tak kasi pokok trus wkakakakaa Cuba kalau bagi sejambak laptop ke, serumpun wang kertas RM100 ke, nescaya awek tu melompat-lompat keriangan...wakkakaka btol tak? jgn nk tipu la...letak kete sebijik ngn bunga tgk mana korang pilih wkakaka ngeee~
4. Mula-mula jadi adik angkat. Cait! Zaman kuno dah ni.. byk la korang nyer adik angkat terangkat wkakakkaak . Apakata korang angkat je duit simpanan korang tu lepas tu hempas pada beliau. Bukan setakat adik angkat, bini nombor 4 pon dia sanggup.wakkaaka erkkk yeke? aku blum cuba yg ni wkakkaak ngeee~
5. hah ni satu hal mcm tenok air pun ada"Apa kenyit-kenyit mata? Sakit mata ke?." Tak payah la nak kenyit-kenyit mata ni. Lebih baik korang kenyitkan korang punya alat penggera kereta Nissan Fairlady atau Mazda RX8. Tak perlu diajak, awek tu pandai-pandai la dia masuk sendiri dalam kereta sport wkakakakkaak...parking jer tepi awek jeling lebih kurang..hak3 ngeeee~
hah tu je la aku nk bg..aku bukan nyerr reti pon saje bosan2 nk tulis wkakkakaa..(erkkk klu korang nk cuba..korang punya pasal bukan masalah aku wkakakkaka) adesss apa yg aku tulis sapa yg terasa atau yg tak puas hati di ingatkan ini cuma untuk seronok2 jerr ( seronok bagai la ko..wakakaka pedilik apa aku tg tulis wkakakak hak3 ngee~) apa pun bg yg nk mncuba selamat mncuba wkakkakakak ok cau zasssssssssssssss~
Posted by HellaS M!haR at 08:33 0 comments
~Bercerita episod last~
Bermula la kisah kembara si pengembara…
meredas lautan dan hutan belantara..
untuk mncari secebis ketenangan jiwa..
sebagai pengubat hati duka dan lara..
al kisah seorang pahlawan muda..
ditemui tentera rom di sebuah Negara..
berkenan di hati melihat lincah bersengketa..
dikhalayak ramai penduduk di goa..
setiap pelabuhan dicaci dan dihina..
dihalau keluar setiap Negara..
pewaris zulkarnain kononnya dikata..
merong mahawangsa empunya nama..
maka tersebut la kisah raja rom datang menemuinya untuk meminta bantuan membawa kesebuah Negara tidak bernama dan tidak beraja…erkkkk oit2 apa aku melalut nih adessss…ko igt ni citer merong mahawangsa ke apa wkakkaka.. tu la gedik sangat tengok citer cmtu..kan da terikut..tp best gak citer tuh hahaha…smpai ada la org tu semangat berkobar2 kuar panggung..(erkk aku xleh bayang klu dia buat gilerr kat panggung..apa korang rasa klu tiba2 org sebelah ko takbir time tgk citer tuh wkakakka…. “takbirr!!!!” wahahah tak terkejut berok korang…adess terkejut jerrr berok yg kena..sian dia wahahaha…) adesss aku tulis nih bukan nk citer pasal hikayat merong mahawangsa..hish mcm mana lak leh terfikir pasal citer tuh adesss….ok la..aku igt nak sambung la citer ni mac chicken deluxe kita sket..aku sebenarnyerr da kehabisan idea tp sorang member nih dah bagi idea cantekk jer aku tgk..aku pun layan la..ye tak brader king kiter hahahaha..apa pun kita layan zasssss…..
selepas kejadian tempoh hari bubur menjadi seorang yg sgt cemburu,kemana sahaja chicken deluxe pergi mesti perlu diberitahu kepadanya..tak kira kemana saja ( erkkk toilet tu tak yah bg tau la kot hak3). Hal ini berlarutan dan bubur sentiasa mengabil berat terhadap chicken deluxe..sehingga la pada hari jadi chicken deluxe..mereka merancang untuk sambut bersama dan chicken membuat keputusan untuk datang ke tempat bubur..maka tiba la hari yang di janji kan chicken datang untuk mnyambut hari kelahirannya..bubur ingat kan hari itu hari yg paling gembira buatnya kerana dapat berada disamping tunang tersayang..tapi kegembiraan itu hanya sekejap apabila dia melihat sekeping dua msj tunangnya yang lupa di padam..tersentak hari bubur bila membaca isi kandungan msj..sebak yang tak tertahan membuatkan sekali lagi bubur mengalirkan air mata kesedihan (ceewahhh..tangkap leleh tak?wahhaha) lalu bubur bertanya kepada tunangnya tentang msj di handphone…dialog bermula…..
bubur ayam : bby sapa ni ( dengan perasaan sedey bertanya kepada insan yg sgt2 dia cintai)
chicken deluxe : kawan ja tu b…gurau2 je tu..bby cinta kat b sorang ja..
bubur ayam : kawan apa ni bby..bersayang2 ber baby2 ni..sampai hati kan bby buat b mcm ni..
chicken deluxe : betol kawan ja tu..dia ada mlsh awek dia ja tu..b ka da jadi milik bby..
bubur ayam : b tak suka la mcm ni..kan b da ckp jangan tp bby buat lagi..bby cinta lagi ke kat b ni..
chicken deluxe : bby cinta jangan fikir bukan2 boleh tak..bby dengan dia Cuma kawan ja..
bubur ayam : ok kalau betul kawan xapa..biar b Tanya dia …
chicken deluxe : hish yang b nk kalut sgt ni kenapa.. kan bby da ckp yg bby dan dia xda pape (dgn suara agak tinggi)
bubur ayam : hurm (bubur mendiamkan diri dan hanya menahan air mata)
bubur hanya mampu berdiam diri dan menahan air mata yang masih dan terus mengalir..dia tahu dan dia perasan dengan perubahan chicken deluxe tidak lagi seperti dulu..seorang yg manja..periang..suka bergurau..susah benar untuk melihat dia tersenyum gembira bila bersama bubur sekarang..dulu dia lah membuat bubur tersenyum melayan kerenah nya yg manja,celotehnya..kuat merajuknya yg selalu mewarnai kehidupan bubur..tp bubur terus berdiam dan masih lagi bersabar..sayangnya dia pada chicken deluxe hanya tuhan saja yang tahu.. sebelum chicken pulang bubur sempat membelikan seutas gelang ,sebuah kotak muzik dan beberapa helai selendang serta tudung untuk di jadikan hadiah hari jadi..bubur sempat memakaikan gelang ke tangan chicken deluxe dan menyatakan sesuatu pada chicken deluxe sebelum dia pulang…dialog…..
bubur ayam : ( air mata bubur masih mengalir di pipi lalu berkata kepada insane tercinta) bby ni hadiah dari b tau..b tau b tak kaya..rupa pun tak da..b hanya mampu beli seutas gelang ni je..walaupun tak mahal tp b harap bby sentiasa pakai..b nak bby tahu bby sgt syg..sgt cintakan bby..bby tak tahu apa akan jadi pada b klu bby tinggalkan b..b takut sgt hilang bby..bby janji jgn tinggalkan b tau syg..igt janji kita tau “kita takkan tinggalkan antara satu sama lain walau apa pun terjadi”…( sambil membelai pipi chicken deluxe)
chicken deluxe hanya memandang wajah bubur tanpa berkata apa2..hanya sekadar menganggukkan kepala..chicken terus pulang…bubur hanya mampu melambai longlai lemah kerana terpaksa berjauhan sekali lagi dengan kekasih hatinya…setiap titisan air mata bubur hanyalah titisan kerinduan.. dalam hati nya Cuma chicken deluxe…tiada org lain…perkara tu di lupakan bubur..disebabkan terlalu cintakan tunangnya..bubur melupakan kisah itu..keadaan seperti biasa..bubur dan chicken masih lagi berhubung..seperti tiada apa yang berlaku..sehingga la suatu malam..bubur ayam dan chicken ayam bergaduh disebabkan hanya bubur tidak mengetahui bahawa chicken deluxe mempunyai number phone lain yang di rahsiakannya selama ini..pergaduhan mereka btul membuatkan perasaan masing2 hiba..sedeh..terutama bubur…dia tahu dia tak patut memarahi tunangnya hanya kerana sekeping simkad..dengan perasaan bersalah..bubur mencapai phone untuk call chicken deluxe tapi tak di angkat..msj tak dibalas..setiap hari sehingga berlarutan selama seminggu..hingga la bubur membuat keputusan untuk pergi menemui chicken deluxe…tetapi malang tidak berbau..bubur kemalangan semasa kesana..bubur koma 3hari di hospital..walaupun hospital dekat sangat dengan chicken deluxe tapi chicken tidak dtg menjenguk..kesedihan bubur tak dpt nk dibayangkan..kerana bubur terlalu rindu dan ingin menjumpai chicken ayam..dia membuat keputusan untuk melarikan diri dari hospital..dan berjumpa dengan bubur ayam pada hari jadinya…tapi tak di sangka hari jadi yang diharapkan menjadi hari paling bertuah dan paling mengembirakannya menjadi detik hitam bagi bubur.. chicken membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan bubur..puas bubur memujuk dan meminta maaf di atas kesalahannya..tapi tak di endahkan oleh chicken….dialog….
bubur ayam : bby jangan la mcm ni..b tau b salah..b minta maaf..b tak patut marah bby hari tu..
chicken deluxe : dah la..lebih elok kita putuskan je hubungan kita..xda guna kita bersama..
bubur ayam : bby tak sayang ke hubungan kita slama ni? Bby tau tau yg b cinta sgt kat bby….b xleh hidup tanpa bby…tlg la syg..jgn buat b mcm ni…
chicken deluxe : ko ni ckp apa..ckp mcm org tak ada pedoman..tak ada agama…ko tak percaya kat tuhan ke..klu kita ada jodoh tak kemana..aku byk lagi nk fikir..belajar aku lagi..fikir masa depan aku..mak bapak aku..tolong la faham..aku nk bersendirian…
lalu chicken deluxe terus beredar dari situ.. bubur hanya mampu menangis dan tidak percaya beliau kehilangan org yg sgt2 dia cintai..hadiah hari jadi yg tidak akan sesekali bubur lupakan..kekecewaan bubur membuatkannya hidup tak tentu hala..org yang dicintai,di sayangi..yang di rindui setiap hari telah meninggalkan dia…org yg selalu membuat hati bubur gembira..ketawa melihat gelagat lucunya…setiap perkara di buat oleh bubur semata2 hanya untuk cintanya..drpd makanan chicken smpai tutur katanya..dah sebati dlm hidup bubur..apa saja yg menjadi kegemaran chicken turut menjadi kegemaran bubur…dalam hati bubur dia menyalahkan diri sendiri “klu la aku tak marah dia hari tu..xkan jadi mcm ni”….bubur begitu sedih..sebelum bubur membawa diri..bubur sempat menghantar sekeping msj kepada chicken deluxe….
Bubur ayam : b sangat rindukan bby..sangat sayangkan bby..sangat cintakan bby..dan b nk bby tahu yang bby sentiasa cintakan bby…walaupun kita dah tiada apa2..walaupun b dah kehilangan bby..walaupun bby dah tinggalkan b…b nak bby tunaikan permintaan b..b nak bby selalu pakai gelang yng b hadiahkan walaupun tak mahal tu tandanya b ikhlas terlalu cintakan bby..b nk teddy bear bby jangan buang..sebab tu tandanya b sentisa ada di sisi bby..b kan bear bby huhu…dan b minta bby jgn buang gambar2 kita sayang..sbb tu tandanya kita pernah bahagia bersama..bergelak ketawa bersama..bby janji tau syg..b cintakan bby dan terus mencintai bby..i love u forever and ever (143734)..
selang beberapa hari kemudian bubur mendapat tahu bahawa chicken mempunyai kekasih baru dan bahagia dengan kehidupannya..begitu la sedikit sebanyak kisah si bubur nih..hatinya tak pernah berubah untuk menyayangi dan mencintai chicken deluxe..dia tahu dia takkan dapat kembali cintanya.. apa yang tinggal hanya secebis kenangan yang ditinggalkan..walaupun hanya sedetik bersama..dia bersyukur..dia tahu yang dia pernah di sayangi..pernah dicintai..walaupun sekarang dia ditinggalkan..walaupun dia kehilangan cintanya..dia masih ada kenangan dan bubur takkan sesekali kehilangan kenangannya seperti mana dia kehilanagn orang yang di cintainya..bubur hanya mengharap chicken gembira dengan kehidupannya sekarang..sesekali pun bubur tidak pernah menyalahkan chicken kerana meninggalkannya..malah dia sentiasa berdoa agar chicken deluxe bahagia bersama insan pilihannya walaupun insan itu bukan dirinya…(hurmmm mmg betul kan cinta itu buta..sampaikan boleh membutakan hati org.. walaupun kita dihina,di caci tapi masih lagi berdiri tegak bertahan demi cinta..seperti kebal dari semua kata2..ceeeewaah hak3 adesss…aku da penat ni nak sambung citer nih..sampai sini je la aku citer..penutup citerrr nih..kang aku aku sambung boring lak kang..mcm la korang nk baca wakkakakaka…adessss..terima kasih pada king byk bg idea nih..tp aku amik sket je idea dia dlm citer nih..sbb idea2 dia yg lain..aku nk selit dlm citer lain lak wakakakaka..ngee~ apa2 pun thanks bro…aku da penat menaip..aku lapor..aku nk p makan dan aku nk tidor … bye~ hak3 zasssssss mcm motor legend pokmeng wkkaakakak ngee~)
~tamat~
Posted by HellaS M!haR at 08:31 0 comments
~Bercerita episod 4~
Ades aku tgk jam da nk pukul 2.30 pagi..tp mata aku xleh nk lelap lagi nih…pagi2 lag nk kena bertolak ke kemaman ..kenduri si boyan (eastern)..hurm..aku sambung la citerrr ritu..aku tgk dari episode 1 sampai 3 stok nak happy jerr..bila lak nk sedey hak3..xpa kali ni try wat sedey lak wkakakaa…masukkan watak baru bak kata king “oit ice masukkan la burger prosperity asik chicken deluxe dgn bubur ayam jer” waahahah…ok2..dari aku duk melalut tak tentu pasal baik aku sambung layan zassss cam LC east hak3…
Setelah sekian lama mereka bertunang..mereka masih happy dlm perhubungan mereka…hinggalah pada suatu hari..ada seseorang telah berhubung dgn bubur ayam dan mengaku yang beliau bekas kekasih mac chicken deluxe..bermacam tomahan dan keburukan yg di ceritakan oleh burger prosperity pada ttg chicken deluxe pada bubur ayam..tetapi bubur ayam tidak mngendahkan cerita tu..kerana terlalu percayakan tunang yg tercinta..( biasa la tu..nama pun sayang kan3..hak3..pedulik apa org nk ckp asal nmpak baik dr mata kita itu yg penting)..perbualan msj yg antara bubur ayam dan prosperity burger….
Prosperity : salam ko bubur kan tunang chicken deluxe?
Bubur ayam : ye saya..ko ni sapa? Kenal tunang aku ke?
Prosperity : mana tak kenal bekas awek aku,haha..bekas aku da sentuh(korang boleh bayang tak bila dia ckp kat tunang korang cmtu..agak2 korang la kan klu korang jadi si bubur ni..korang rasa nk bakor rambut dia wkakakakka kita bakor jer..kita bakor..kita bakor wahhaha adess)..
Bubur ayam : ko jgn nak buat citer bro..ada gak yg makan kaki jap g (tunjuk gangster padahal penakot yg amat wahaha)….
Prosperity : lantak ko la Cuma aku nasihatkan ko hati2 je la dgn tunang kesayangan ko tu..mulut manis tp hati busuk..
Bubur ayam : ko ni da lebih bro..ko ckp nk sedap tp tak beradap (erk mana lak aku dpt ayat nih adess).. klu ko rasa ko betol meh jumpa aku la sial..stakat ko duk ckp dlm benda alah tenggiling hp nih..ko pompuan jenis pelacur pun aku tak stim..meh jumpa berdepan ( erkkk nk tapis tak nk ayat nih adesss..arrghh peduli apa aku..aku yg tulis aku punya suka la wkakaka)..
Mcm tu la lebih kurang..tolak tambah perbualan mereka (perbualan ker org panggil?adessss..klu msj kra apa ek..aku pon..tak reti gak nih adessss..arrrghhh pedulikan…bak kata boyan “ awok songo dop duli ke org..ke guane wkakakak” erkkk apa aku duk merepek nih..adesss…ok2 sambung2) perbualan mereka bukan setakat hari tu jer..malah byk kali prosperity cuba memburukkan chicken deluxe..tp masih bubur tak endahkan..hingga la satu ketika..bubur perasan kelainan pada tunang nyer..perasaan ragu2 ( cewahh ragu2 la plak..hak3) mmbuatkan bubur mngambil keputusan untuk ke tmpat tunangnyer tanpa pengetahuan chicken deluxe..bubur mengambil keputusan untuk memerhatikan gerak geri tunangnyer dari jauh..dr pagi smpai ke petang dia memerhatikan chicken di kawasan perumahan chicken tinggal.. pada mlm tu..mmg tak di sangka bubur sgt2 kecewa apabila melihat seorang lelaki mengambil tunangnyer keluar…tanpa buang masa bubur trus call tunangnyer..tp tak di angkat..(time tu bubur da keluaq ayaq mata da…hg pikiaq la…hg jadi dia nmpak tunang hg kluaq ngan jantan len apa hg rasa..tak ke hg nk bakaq kete jantan tu wkakakkakaka)..lalu bubur menghantar msj pada chicken..bermula agenda msj antara bubur dan cnicken deluxe…..
Bubur ayam : bby wat apa tu sayang?
Chicken deluxe : tak buat apa2 b..b nk buat keje sat nih..jap lg bby call bby ek..
Bubur ayam : ala xleh ke teman b kejap b bosan nih ( ayat pancing hak3..adesss mcm bosan lak citer nih hurm)
Chicken deluxe : bby byk keje ni syg jap g ek..muaah3..luv u b..
Tanpa buang masa bubur call chicken deluxe tp masih tak di angkat..berkali2 call..sampai la akhirnyer deluxe mengangkat panggilan tu..tp dimarahi kerana mnganggu dia buat kerja (apa lancau buat kerja..kerja apa? Mengerjakan laki tu ke wkkakakaaka)..maka bermula la perbualan mereka~
Chicken deluxe : b ni kenapa kan bby da kata bby sibuk buat kerja..
Bubur ayam : b rindu kat bby..salah ke b call (rindu la sgt hak3)
Chicken deluxe : bby sibuk la tak paham ke..ni kenapa nangis ni eeee..tak suka la mcm ni..tlg la paham..bby tgh buat kerja nih..
Bubur ayam : mana ada nangis…b selsema jer (wahahaha baiknyerr ayat nk tunjuk ego laki..padahal dah meleleh ingus menangis..korang jgn gebang aku hempuk pale sat g wahaha bak kata pok meng “aku tumbok kang wkkaka”..hebat sgt ke ego sampai menunjuk2 wahahhh)..
Chicken deluxe : eeee nnti bby call la jap g..ok la bby nk wat keje nih (terus letak hp siap off lagi)
Perasaan bubur ketika itu sgt2 sedey..pada mlm itu bubur balik ke kg semula..dlm perjalanan air mata bubur tak berhenti mengalir..(erkkk mcm citer Hindustan pon ada..korang tak pasan ke? Wkakkaka) dlm perjalanan bubur sempat mnghantar sekeping msj ke chicken ayam….
Bubur ayam : bby..b minta maaf td sbb mnganggu bby…dari pagi td lagi b da tunggu bby kat kedai hujung simpang umah bby…skank bby tau kan kenapa b menangis..( pas hantar msj ni si bubur trus off kan hp nyerr)
Mcm tu la kisahnyerrr…apa lg bila chicken deluxe baca kelam kabut dia call..berpuluh2 miss call.. bila si bubur tu smpai ke kg bru dia on kan balik hp dia…dan call tunang kesayangan dia…menangis2 chicken minta maaf..(hak3 erkkk aku tak tau nk ckp apa..mmg blur nk tulis citer nih skank..pakai hentam saja wahahaha)..di sebabkan terlalu sygkan chicken..bubur ayam melupakan kisah tu..dan mulakan idop baru ngee~.. dan mngharapkan chicken tak mngulangi perkara yg sama..tp dalam masa yg sama bubur sudah mula menjadi seorang yg sgt cemburu..kemana saja tunangnyer pergi mesti dia perlu tahu ( biasa la kan3..benda da jadi..tak nk jadi lagi…kita klu da syg tu..mmg kaw2 jaga ye tak ni yg dikatakan cik umrah kiterr.. “caring terlebih wkakkaakaak” erkkk umm jgn marah aaaa hak3…)..adesss aku da tak tau nk tulis apa…hurmm..susah gak nk menyedihkan citerr..xpandai aku adesss..jahanam citer klu aku yg buat mcm nih..mmg tak reti dan tak boleh buat citer sedey aku nih..susah nk selitkan unsur komedi adessss.. waaaaa aku da start ngantuk..aku nk tido….kita sambung je la citerr nih kat episode lain..zasssssssssss mcm moto 135LC east wakakakakaakak…
besambung~
Posted by HellaS M!haR at 08:26 0 comments
~ Bercerita episod 3~
tak kala jam di dinding menunjukkan hampir pukul 3pagi..kelibat bubur ayam masih belum tido dan kelihatan gelisah..erkkk apa kejadah citer cam novel hantu jerr...arrghhhh...cut!!!!!!!!!!!...tukar scene..wakakkaka....ok la aku nk sambung tp tak de idea plak datang..tak pe aku cuba gak sambung adess ngeeee..layan~
setelah lama mereka bercinta,berjumpa,berhubung,bersayang2,ber b bby dan bermacam2 berrr lagi lah ( beromen insyaallah xder miahahah ahaksss..oit2 otak kelaut nih adesss)bubur ayam membuat keputusan untuk membawa chiken deluxe untuk menemui keluarganya di kampung ( ala jumpa mak mertua hak3..)...pada hari yg ditetapkan..bubur ayam membawa chicken deluxe ke rumahnya untuk di soal siasat oleh keluarganya terutama skali superitendent mama wahahaha ( errkk mcm citer polis la plak adesss...bila igt balik citer polis malaysia ayat dia xder lain sama jerrr " jangan bergerak kami polis" tak pon.. "jgn bergerak anda sudah di kepong" wakakakakaka cuba la ckp ayat lain an3 " hello brader lu mana mau lari..gua polis beb..ikut gua p balai" hak3 tak pon.."ho mak aih enkau nih dah lobih nih..engkau tau aku sapo,polis dirajo malaysia..eh ko reti bahso ko?meh ikut den pogi balai" wakkaakkaa ahakss adesss...adess kang di baca statment aku ni kena saman boleh nih hak3...sory tuan direktor hamba bergurau ngee~) adesss apa la aku duk melalut nih...dah larik dr citer asal nih..arrrghhh...ok2 maka berjumpa la deluxe dengan bakal keluarganya..bermula la dialoq sesi soal jawab ala2 disoal siasat ngan polis ( korang bygkan time penjenayah kena soal siasat cmne miahhaha guwau jer) ngeee~
Bubur ayam : semekom mak ( sambil mencium tgn..anak yg soleh katakan hak3 ngee~)
mak bubu : wslm..hah mana bakal menantu mak ( sambil menjenguk ke luar rumah,terjenkit2 kaki mcm terpijak botol kaca yg pecah hik3)
Bubur ayam : ada ni haa. cun tak mama? hehehe ( sambil tersenyum slamba keriangan mcm baru lepas kena loteri miahhahah ahaksss ngee~)
mac chicken deluxe : salam makcik ( dgn sopan santun mencium tgn bakal mak mertua...biasa la tak kan la korang nk ckp " yo wassup auntie.(.sambil tgn tunjuk fuck)" kepala hotak ko berjambul.. sah2 kene rijek awal2)......
mak bubur : wslm nak..( menyambut salam bakal menantu lalu membawa ke ruang tamu duduk bersebelahan) .. manis menantu mama ni ( sambil tersenyum gembira membayangkan cucu yg bakal lahir hak3 ngee)
mac chicken deluxe : tak ada la makcik..biasa je nih hehehe ( tersengih2 mcm lelabi air waahha..bangga lerr kena puji dgn bakal mak mertua..korang xyah nk sombonk la..korang kene puji pon kembang idong gak kan wakkakaka ngeee~)..
mak bubur : eh..jangan panggil makcik..panggil mama jer..da kena start amalkan tau ( perrrghhh apa mcm terbaik tak dpt mak camni..wahahahaha..korang jgn nk jeles la..hik3 ngeee~)..bubur..bila kamu nak mak masuk pinang? tak sabar mak nk dpt menantu ( smbil pandang anaknya yang dari tadi duk menyengal sengsorang)..
Bubur ayam : ( dengan muka terkejut berok..erkk xbest rr..klu bab terkejut je mesti nk kaitkan berok..tah hapa2 tah.. tersembur pisang berok tu ngah makan wkaaka...bg la terkejut mcm kuda laut ke..mcm cipanzi sungai ke hak3 ngee~) itu mama kena tanya tuan empunya diri la ( smbil menunjuk kan jari fuck kat deluxe..erkkk guwau jer..mau tak kena makan kaki klu buat mcm tu mihahah ngee~)
mac chicken deluxe : ( dengan muka tersengih2 cm tapir) deluxe tak kisah mama..bila2 pon boleh..saya terima je.. ( halah~..korang bayang la bila korang dpt respon greenlight mcm tu..tak ke rasa ko nk pelok ciom awek ko kat situ gak..erkkk..cover..depan mak tunjuk baik...jgn gelojoh ngee~)..
mak bubur : hah kan senang mcm tu..ckp kat kuarga deluxe bulan depan mama hantar rombongan ( sambil tersenyum dan mengusap kepala deluxe dengan kasih sayang hak3)...
mac chicken deluxe : betul ke ni mama? ( tersenyum riang lalu memeluk mak bubur erat2 rapat2..mihahaha)
mak bubur : yer syg..mama tak main2...
mac chicken deluxe : terima kasih mama ( perrghhhhh best tak hik3..korang jgn jeles)..
tak lama kemudian bubur dan chicken deluxe melangsungkan pertunangan mereka..sejak bertunang perhubungan mereka sangat erat..bertambah kasih dan sayang di antara mereka..bertambah erat perhubungan mereka.. bertambah kukuh cinta diantara mereka ( best gilerrr cmni hurmm..terasa nk ada awek lak aku nih wkakkaka adesssss).. tentu korang boleh bayangkan suasana kehidupan mereka yg sgt ceria romantik..klu korang la kan..korang suke tak? di hargai..di cintai..disayangi.. sentiasa merasa ada mengambil berat pasal kita walaupun kadang2 kita rasa dikongkong dgn setiap pergerakan..kemana saja kita pergi mesti kena bg tahu..wakakkaka...korang tak yah tipu.. bila korang disayangi seseorang..pergerakan korang tak bebas..tak kira laki atau perempuan sama je..sifat cemburu tu mesti akan ada..mmg xleh lari dari lumrah bercinta..hahaha..bagi mamat yg ada awek2 la..cuba korang igt balik..korang duk jenjalan ke tasik ke..shopping kompleks ke..korang terpandang awek cun melintas depan korang walaupun korang xder niat pon..kompom kena cubit tak pun kena tumbuk kat perut..miahahahah ahaksssss ( sebab aku penah kena wkakakka).
sama jer bagi perempuan..klu jenjalan tetiba ada mamat hensem duk pewiit ( ala2 bunyik tikus mondok lapar penumbuk) klu korang perasan..pasangan korang mesti tarik pinggang atau tangan korang rapat2..atau pun..bukak topik ajak korang berbual dgn tujuan suh korang pandang muka dia jerr miahahha..tp klu yg jenis panas tu..paling koman pkwe korang merajuk..korang kena tinggal balik naik bas mini mihahahhaha erkk skank bas rempit kl ke apa ek lupa lak..( erkkk aku bukan jenis cmtu ek..korang jgn salah sangka..sekejam2 aku..aku tetap bwk balik hak3..btol..bagi awek2 luar sana..aku adalah pecinta setia wkakakakkakaka ngeee~).....adesss aku pon dah tak tau nk ckp apa dah..hurmm...dah xder idea dah nih..lain kali la plak aku sambung..ok cau zaaaaaassssss laju mcm motor LC east wkakakakakaka..ngeee~
bersambung~
Posted by HellaS M!haR at 08:23 0 comments